Slideshow

Saturday 16 July 2011

Keutamaan Malam Nifsu Sya'ban

Tak terasa bulan ramadhan sebentar lagi datang,sebagai umat muslim kita wajib bersyukur masih diberi kesempatan olehNya untuk kembali berada dalam bulan tersebut.
Malam Ini Merupakan malam yang bertepatan dengan pertengahan bulan Sya'ban atau lebih dikenal sebagai malam nifsu sya'ban. Namun banyak dari kaum muslim yang tidak mengetahui keutamaan dari malam nifsu sya'ban,saya yakin banyak diantara umat (yang mengaku) muslim yang bertanya-tanya apa yang dimaksud malam nifsu sya'ban,serta apa yang semestinya atau keutamaan yang bisa diperoleh pada malam tersebut.berdasarkan hal itulah saya akan sedikit menguraikan tentang keutamaan malam nifsu sya'ban.
Malam Nisfu Sya’ban adalah malam yang Spesial. menurut imam Ghazali pada malam ke-13 bulan sya’ban Allah SWT memberikan 1/3 syafaat kepada hambanya. sedangkan pada malam ke-14. syafaat itu di berikan secara penuh. Dengan demikian, pada malam ke-15, umat islam dapat memiliki banyak sekali kebaikan sebagai penutup catatan amalnya selama setehun. Pada malam 15 bulan Sya’ban inilah semua catatan perbuatan mausia akan dinaikan kehadapan Allah SWT. Katena itu para ulama menganjurkan agar pada malam nisfu sya’ban kita melakukan ibadah terutama untuk memohon ampun, rezeki dan umur yang bermanfaat.
Berikut ini adalah beberapa Hadits tentang nisfu sya’ban tentang Keutamaan-keutamaan Malam Nisfu Sya’ban yang di ambil dari kitab Riyadhus shalihin.

1243. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seutama-utama berpuasa sesudah bulan Ramadhan ialah dalam bulan Allah yang dimuliakan – yakni Muharram – dan seutama-utama shalat sesudah shalat wajib ialah shaliatullail – yakni shalat sunnah di waktu malam.” (Riwayat Muslim)

1244. Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, katanya:”Tidak pernah Nabi s.a.w. itu berpuasa dari sesuatu bulan lebih banyak daripada Sya’ban, kerana beliau s.a.w. itu berpuasa dalam bulan Sya’ban itu seluruhnya.” “Dalam suatu riwayat disebutkan:  “Beliau s.a.w. itu berpuasa dalam bulan Sya’ban, melainkan sedikit sekali yang tidak – yakni sebahagian besar dalam bulan ini dipuasai.” (Muttafaq ‘alaih)

1245. Dari Mujibah al-Bahiliyah dari ayahnya atau dari paman-nya – yakni saudara lelaki dari ayahnya, bahawasanya ia – ayah atau pamannya itu – mendatangi Rasulullah s.a.w. kemudian pergi lagi. Selanjutnya ia mendatangi Rasulullah s.a.w. lagi sesudah setahun, tetapi hal-ehwal serta keadaan tubuhnya telah berubah. la lalu berkata: “Ya Rasulullah, apakah Tuan tidak mengenal lagi kepada saya?” Beliau s.a.w. bertanya: “Siapakah engkau?” la menjawab: “Saya adalah al-Bahili yang datang pada Tuan tahun yang lalu.” Beliau s.a.w. lalu bersabda: “Apakah yang menyebabkan perubahan dirimu, padahal engkau dahulu baik sekali keadaan tubuhmu?” la menjawab: “Saya tidak pernah makan sesuatu makanan sejak saya berpisah dengan Tuan dahulu, melainkan di waktu malam.
Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: “Kalau begitu, engkau telah menyiksa dirimu sendiri,” kemudian beliau s.a.w. melanjutkan sabdanya: “Berpuasalah dalam bulan Shabar – yakni bulan Ramadhan – dan sehari saja dalam setiap bulan lainnya.” la berkata: “Tambahkanlah itu untuk saya, sebab sesungguhnya saya masih ada kekuatan lebih dari itu.” Beliau s.a.w. bersabda: “Berpuasalah dua hari.” la berkata: “Tambahkanlah!” Beliau s.a.w. bersabda: “Berpuasalah tiga hari.” la berkata: “Tambahkanlah!” Beliau s.a.w. bersabda: “Berpuasalah bulan-bulan mulia – iaitu Rajab, Zulqa’dah, Zulhijjah dan Muharram – dan tinggalkanlah, berpuasalah dari bulan-bulan mulia dan tinggalkanlah, berpuasalah dari bulan-bulan mulia dan tinggalkanlah.” Beliau s.a.w. bersabda demikian dengan menunjukkan tiga buah jari-jarinya lalu mengumpulkannya dan kemudian membukanya – maksudnya tiga hari
puasa lalu tiga hari tidak dan demikian seterusnya.
(Riwayat Abu Dawud)
Demikianlah sedikit uraian mengenai Keutamaan Malam Nifsu Sya'ban, semoga menambah wawasan dan pengetahuan bagi teman-teman skalian yang belum mengetahuinya.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More